BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 8 Februari 2009

PROGRAM JELAJAH BELIA PERKASA 2009

Memang hebat sambutan yang diberikan!!!
Sebagai pengenalan, Program Jelajah Belia Perkasa 2009 merupakan program pertama seumpamanya yang diadakan oleh Majlis Belia Labuan dalam mendekati para belia di peringkat akar umbi. Disamping pihak Majlis Belia Labuan mengadakan pelbagai program untuk disertai oleh para belia tempatan, Majlis Belia Labuan juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak persatuan untuk disertai pula oleh Majlis Belia Labuan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Persatuan Belia Gersik/ Saguking (7 Feb 09) dan Persatuan Belia Kg Bt Kalam (8 Feb 09) di atas kerjasama yang diberikan sehingga program yang telah dirancang sejak tahun lepas ini berlangsung dengan jayanya.
Sama-sama kita nantikan persatuan mana yang menjadi destinasi seterusnya bagi program ini.

Selasa, 3 Februari 2009

PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA

Ahad, 1 Februari 2009

KAUNTER KUTIPAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Sebagai kesinambungan daripada Program Sinar Yang Sirna Suria Didamba minggu lepas, sekali lagi Majlis Belia Labuan mengadakan Kaunter Kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin pada 31 Januari 2009 bermula pukul 10.30 pagi hingga 6.00 petang. Usaha yang diambil mendapat respon yang amat mengalakkan daripada penduduk WP Labuan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Ujana Kewangan Labuan kerana memberikan ruangan tersebut bersempena den sambutan Tahun Baru Cina anjuran kompleks tersebut.

PROGRAM SINAR YANG SIRNA SURIA DIDAMBA


Program Sinar Yang Sirna Suria Didamba telahpun diadakan dengan jayanya bermula 22 hingga 25 Januari 2009. Setinggi-tinggi penghargaan daripada Majlis Belia Labuan dan penganjur bersama program pihak Ujana Kewangan Labuan, Jabatan Penerangan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini.