BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 September 2009

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS




Kursus ini telahpun dijalankan selama 5 hari dan seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan termasuk pelajar mengikuti kursus ini dengan jayanya.


5 orang penceramah telah dijemput oleh Majlis Belia Labuan untuk turut sama menjayakan program tersebut. Mereka merupakan orang yang berbakat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pengacaraan majlis.


Pada Hari pertama kursus bermula para peserta telah diajar mengenai Kriteria Pengacara Majlis yang disampaikan oleh En Rosli hj Omar daripada Labuan Fm juga merupakan exco Majlis Belia Labuan. Antara kandungan dalam modul tersebut ialah mengenai minat dan kecenderungan dalam bidang pengacaraan dan pengurusan majlis dan juga peranan pengacara majlis.
Hari seterusnya penceramah jemputan merupakan salah seorang Dj Labuan Fm merangkap Setiausaha Kehormat Majlis belia Labuan iaitu Pn Zailina Zainal Harbir. Modul kursus untuk hari kedua mengenai Eleman Dalam Penganjuran majlis.
Modul ketiga kursus ini bertajuk Etiket Di Meja Makan yg disampaikan oleh Cik Siti Ramaniah dari Hotel Grand Dorsett WP Labuan. Modul ini menyentuh tentang Susunan Tempat Duduk di Meja Makan serta Hidangan yang Sesuai dan Kesopanan dan Tertib di Meja makan.
Modul keempat pula mengenai Protokol dan Etiket Sosial disampaikan oleh En Mahathir Abd Hamid daripada perbadanan Labuan. Modul yang terakhir disampaikan oleh Tn Hj Suib Bin Nasir yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Labuan sendiri juga merupakan Dj Labuan Fm.
Modul yang disampaikan oleh beliau bertajuk Kunci Masa Kunci Rasa dimana beliau telah berkongsi pengalaman bersama para peserta mengenai pengalaman dan perjalanan beliau selama menjadi pengacara majlis. Majlis Penutupan kursus juga diadakan sekaligus pada hari tersebut oleh Tn Hj Suib sendiri dan semua peserta telah menerima siji penyertaan.