BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 September 2009

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS




Kursus ini telahpun dijalankan selama 5 hari dan seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan termasuk pelajar mengikuti kursus ini dengan jayanya.


5 orang penceramah telah dijemput oleh Majlis Belia Labuan untuk turut sama menjayakan program tersebut. Mereka merupakan orang yang berbakat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pengacaraan majlis.


Pada Hari pertama kursus bermula para peserta telah diajar mengenai Kriteria Pengacara Majlis yang disampaikan oleh En Rosli hj Omar daripada Labuan Fm juga merupakan exco Majlis Belia Labuan. Antara kandungan dalam modul tersebut ialah mengenai minat dan kecenderungan dalam bidang pengacaraan dan pengurusan majlis dan juga peranan pengacara majlis.
Hari seterusnya penceramah jemputan merupakan salah seorang Dj Labuan Fm merangkap Setiausaha Kehormat Majlis belia Labuan iaitu Pn Zailina Zainal Harbir. Modul kursus untuk hari kedua mengenai Eleman Dalam Penganjuran majlis.
Modul ketiga kursus ini bertajuk Etiket Di Meja Makan yg disampaikan oleh Cik Siti Ramaniah dari Hotel Grand Dorsett WP Labuan. Modul ini menyentuh tentang Susunan Tempat Duduk di Meja Makan serta Hidangan yang Sesuai dan Kesopanan dan Tertib di Meja makan.
Modul keempat pula mengenai Protokol dan Etiket Sosial disampaikan oleh En Mahathir Abd Hamid daripada perbadanan Labuan. Modul yang terakhir disampaikan oleh Tn Hj Suib Bin Nasir yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Labuan sendiri juga merupakan Dj Labuan Fm.
Modul yang disampaikan oleh beliau bertajuk Kunci Masa Kunci Rasa dimana beliau telah berkongsi pengalaman bersama para peserta mengenai pengalaman dan perjalanan beliau selama menjadi pengacara majlis. Majlis Penutupan kursus juga diadakan sekaligus pada hari tersebut oleh Tn Hj Suib sendiri dan semua peserta telah menerima siji penyertaan.





Khamis, 20 Ogos 2009

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS

Salam Belia 1 Malaysia

Bagi anda yang berminat dalam bidang pengacaraan dan penganjuran majlis da berhasrat untuk menjadikannya sebagai karier atau untuk menambah pengetahuan, satu Kursus Penganjuran Majlis akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula Sabtu ini, 22 ogos 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bermula 10.00 pagi pada setiap sesi. Untuk sesi pertama ni silalah datang awal ya untuk pendaftaran dan taklimat program pada pukul 9.30 pagi. Tak rugi anda ikut kursus ....mana tau ada peluang kerjaya yang ditawarkan dalam bidang ni di akhir kursus nanti.....untuk makluman, kursus berakhir September ini.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut silalah berhubung dengan pihak Majlis Belia Labuan k.

Bersama Realisasikan 1 Belia 1 Malaysia

Selasa, 21 Julai 2009

Salam Belia....

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
mari sini ramai-ramai
banyak cerita nak up date kat u....

tunggu....pihak kami sedang mengumpul material untuk tatapan bersama di blog ni. Antaranya mengenai Karnival Generasi Bebas Jenayah, Program Jelajah Belia Perkasa 2009 yang telah menjelajahi beberapa buag kampung dan terkini adalah Kunjungan Muhibah ke Majlis Belia Malaysia yang telah disambut oleh Saudara Irmohizam Ibrahim, exco MBM pada 19 Julai yang lepas.

Dan untuk makluman email ini : majlisbelialabuan@gmail.com adalah salah satu talian akses Majlis Belia Labuan kini.

1 Belia 1 Malaysia

Jumaat, 24 April 2009

Jelajah Belia Perkasa 2009 Ke Kg Tg Aru

Salam Belia.
Program Jelajah Belia Perkasa 2009 diteruskan lagi...
Destinasi terdekat ini akan menuju ke Kg Tg Aru pada Ahad ini-26 April 2009 bermula 9.00 pagi. Jom belia-belia semua....kita ke Tg Aru pula...

Ahad, 8 Februari 2009

PROGRAM JELAJAH BELIA PERKASA 2009

Memang hebat sambutan yang diberikan!!!
Sebagai pengenalan, Program Jelajah Belia Perkasa 2009 merupakan program pertama seumpamanya yang diadakan oleh Majlis Belia Labuan dalam mendekati para belia di peringkat akar umbi. Disamping pihak Majlis Belia Labuan mengadakan pelbagai program untuk disertai oleh para belia tempatan, Majlis Belia Labuan juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak persatuan untuk disertai pula oleh Majlis Belia Labuan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Persatuan Belia Gersik/ Saguking (7 Feb 09) dan Persatuan Belia Kg Bt Kalam (8 Feb 09) di atas kerjasama yang diberikan sehingga program yang telah dirancang sejak tahun lepas ini berlangsung dengan jayanya.
Sama-sama kita nantikan persatuan mana yang menjadi destinasi seterusnya bagi program ini.

Selasa, 3 Februari 2009

PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA

Ahad, 1 Februari 2009

KAUNTER KUTIPAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Sebagai kesinambungan daripada Program Sinar Yang Sirna Suria Didamba minggu lepas, sekali lagi Majlis Belia Labuan mengadakan Kaunter Kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin pada 31 Januari 2009 bermula pukul 10.30 pagi hingga 6.00 petang. Usaha yang diambil mendapat respon yang amat mengalakkan daripada penduduk WP Labuan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Ujana Kewangan Labuan kerana memberikan ruangan tersebut bersempena den sambutan Tahun Baru Cina anjuran kompleks tersebut.